Thursday, August 27, 2009

Majlis Pelancaran Alumni FST





Sempena Majlis Konvokesyen ke-37 di UKM baru-baru ini, FST telah menyambut para graduan FST dan ibu-bapa yang hadir dengan merasmikan Majlis Pelancaran Alumni FST. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Dato' Dr Mohamad Abdul Razak dijemput untuk merasmikan majlis yang diadakan. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mengeratkan lagi sillaturrahim antara pelajar ,ibu-bapa dan warga FST.

Thursday, August 20, 2009



Perhimpunan Kakitangan Bersama Dekan

Sempena ketibaan bulan Ramadhan dan hari Kemerdekaan satu perhimpunan diadakan di hadapan foyer Pusat Pengajian Fizik Gunaan yang dihadiri oleh kakitangan FST..
Himpunan yang dimulakan dengan menyanyikan lagu "Negaraku" dan diakhiri dengan lagu " Jalur Gemilang" dan "Keranamu Malaysia".

Wednesday, August 19, 2009



Gelaran Profesor Ameritus Untuk Prof Dato' Dr Noramly Muslim

Sempena Konvokesyen yang ke-37 di UKM, gelaran Prof Ameritus diberikan kepada Prof Dato' Dr Noramly Muslim kerana sumbangan beliau kepada UKM dan juga Malaysia. Beliau diperkenalkan kepada hadirin secara terperinci oleh Dekan Fakulti, Prof Dr Musa Ahmad kepada hadirin yang hadir. Gelaran yang diberi telah diizinkan perkenan oleh Pro Canselor UKM, Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri(Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dihulurkan gelaran tersebut kepada Prof Dato' Dr Noramly Muslim.

Thursday, August 13, 2009

Majlis Pengkisahan Pengalaman Bersama Nobel Laureates di Lindau, Jerman








Majlis yang berlangsung pada 13 ogos 2009 telah dihadiri oleh Naib Canselor UKM, Tan Sri Prof Dato' Dr Syarifah Habsah Syahabuddin. Majlis yang mengisahsahkan empat calon FST yang telah menghadiri satu seminar bersama pemenang Nobel Laureates yang diadakan di Lindau,Jerman..

Wednesday, August 12, 2009

Lawatan dari Universiti of Western Australia (UWA)

Kunjungan delegasi dari Universiti of Western Australia ke FST pada 7 ogos 2009 disambut oleh warga FST dan satu sesi suai kenal dijalankan di BMFST..
Majlis yang diadakan membincangkan hal akademik dan memperkenalkan universiti antara satu sama lain berjalan dengan lancar..


Bengkel Fotografi Anjuran PP&P






Satu bengkel fotografi telah dianjurkan oleh Pusat Penerbitan dan Pencetakan UKM bertempat di Langkawi Boutique Resort,Langkawi..
Bengkel tersebut banyak menekan aspek2 nilai seni dalam fotografi telah banyak mengajar saya untuk lebih kreatif dalam penghasilan sesebuah gambar..
Antara hasil terbaik tugas yang diberikan telah dimuat turun kedalam blog ini...